Cara Penjagaan Wajah Yang Baik

Sebenarnya ada cara yang betul mencuci wajah yang telah lama di alas makeup. Salah cuci, alamat tinggallah baki make up tu dan mengintai2 lah cik pimple untuk menonjolkan diri. Kan? 

First of all, apa yg penting sekali adalah menanggalkan eyeliner, eyeshadow di sekitar mata menggunakan MARY KAY OIL-FREE EYE MAKEUP REMOVER. Setelah bersih, mulakan dengan :

1. Basahkan muka sedikit dengan air. Seeloknya air suam agar liang pori terbuka.
Picitkan sedikit sahaja Cleanser dari tiub dan letakkan di 5 dot muka anda. 
Dagu - Pipi kiri - Pipi kanan - hidung - dahi

2. Dengan menggunakan 3 jari bermula dari jari kelingking, sapu dan urut muka dari point dagu dan ke atas secara bulatan. Tujuan urutan ke atas untuk mengelakkan muka jatuh ke bawah dan dengan teknik urutan yang betul kulit muka akan menegang dan mengelakkan kedutan di muka. Urutlah muka selama lebih kurang 2 ke 3 minit dan biarkan seketika.

3. Basahkan facial cloth dan lap  muka bermula dari dagu dan keatas.

4. Kemudian bilas dengan air sehingga benar-benar bersih.

Kemudian bolehlah diikuti dengan pemakaian penyegar dan penghidrat. Kemudian jangan lupa menambah masker dua atau tiga kali seminggu selama 2-3 minit untuk pembersihan lembut, mendalam dan mengembalikan keseimbangan kulit.

Comments

precious cla said…
Macam nk try jer...*sdg tunggu produk Mary Kay* ...hehe

Popular Posts