Selulit

Soalan 1
Apa itu selulit?

Jawapan 1
Selulit adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan penampilan kulit berlekuk yang disebabkan oleh lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit. Ia biasanya berlaku di bahagian abdomen, kaki, peha dan kawasan pelvis dan biasanya terbentuk selepas baligh. Selulit biasanya terjadi di kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada kedua-dua jantina.

Klasifikasi selulit:
Gred 1 :
 tiada tanda atau gejala klinikal tetapi pemeriksaan mikroskopik sel-sel lapisan bawah kulit akan mengesan berlakunya perubahan anatomi
Gred 2 :
 kulit kelihatan pucat, mempunyai suhu yang lebih rendah dan kurang anjal di samping perubahan anatomi yang dicatatkan di bawah pemeriksaan mikroskopik.

Gred 3 : 
kulit kelihatan kasar seperti kulit buah oren dengan semua tanda dalam Gred 2 sebelumnya

Soalan 2
Apa yang boleh menyebabkan selulit?

Jawapan 2
Punca-punca selulit terbentuk tidak begitu jelas tetapi terdapat teori yang telah dikemukakan:

Faktor Hormon - ramai berpendapat hormon seperti estrogen, insulin, noradrenalin, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentukan selulit.

Faktor Genetik - gen-gen tertentu diperlukan untuk pembentukan selulit. Gen-gen ini mungkin mendedahkan seseorang kepada sifat-sifat tertentu yang berhubungkait dengan selulit seperti jantina, bangsa, kadar metabolisma yang rendah, pengagihan lemak di bawah kulit dan peredaran darah yang tidak sempurna.Diet - pengambilan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan kurang serat.Faktor Gaya Hidup - lebih ketara di kalangan mereka yang merokok, tidak melakukan senaman dan mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama.

Faktor Pakaian - seluar dalam yang ketat yang meliputi seluruh bahagian punggung akan menghadkan aliran darah boleh menyumbang kepada pembentukan selulit.

Soalan 3
Apakah cara untuk merawat selulit?

Jawapan 3

Tiada rawatan khusus yang terbukti keberkesanannya.Saranan:Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang sihat, rendah lemak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mempunyai serat tinggi Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalkan berat badan yang diperlukanKurangkan tekanan /stresTidak memakai pakaian yang terlalu ketat

Soalan 4

Bolehkan saya mendapatkan rawatan selulit di pusat pelangsingan badan?

Jawapan 4

Ini adalah bergantung kepada seseorang individu tetapi individu berkenaan perlu memastikan tiada bahan-bahan yang terlarang digunakan kerana ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.Dapatkan nasihat dari pakar-pakar pemakanan dan seumpamanya yang diiktiraf sebelum mendapatkan rawatan selulit atau rawatan pelangsingan.


Penggunaan Smooth Action Cellulite Gel Cream boleh membantu anda mengurangkan masalah ini.. 

Pm/whatsap Aze | 012 313 2413

Sumber :
laman web kementerian kesihatan malaysia

Comments

Popular Posts